Kejatuhan Harga Minyak Makin Parah!

489

Kejatuhan harga minyak semakin parah, dengan kedua-dua penanda aras mencecah paras terendah sejak Mei pada sesi dagangan hari ini.

Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat menjunam hampir 2% ke paras harga $63.95 setong. Sementara dagangan minyak mentah Brent pula merosot 1.6% dan diniagakan di sekitar harga $67 setong.

WTI telah turun lebih 7%, manakala Brent merosot lebih 5% setelah mencatatkan kemerosotan enam hari berturut-turut, iaitu penurunan paling lama sejak akhir Februari 2020.

Kebimbangan pasaran terhadap peningkatan kes coronavirus di seluruh dunia berikutan penularan varian Delta, menyebabkan sentimen dalam pasaran minyak mentah terus suram.

Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan peningkatan sebanyak 696,000 tong dalam petrol pada minggu lalu, sekali gus mencetuskan kekhuatiran pasaran pada permintaan bahan bakar di negara itu.

Pada masa yang sama, EIA juga melaporkan penurunan dalam bekalan minyak mentah, tetapi harga minyak gagal meningkat.

Pengukuhan US dolar di paras ketinggian empat setengah bulan juga menekan harga minyak mentah yang menjadikannya lebih mahal bagi pemegang matawang utama lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat