Melihat kepada carta harga pasangan matawang USD/JPY, harga tampaknya meneruskan kejatuhan ke paras terendah terbaharu dalam tempoh 4 minggu sekitar 112.745 pada sesi dagangan hari ini.
Matawang Yen kekal optimis memapar pengukuhan oleh kerana hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang masih buntu di bawah paras 1.50% untuk terus menyokong nilai Yen.
Dalam pada masa yang sama, indeks Yen juga tampaknya telah dikejutkan untuk pamer kebangkitan agresif melebihi 1% setelah sekian lama ia terperangkap di paras terendah sejak April 2017.
Pelabur juga akan menilai kepada penerbitan data indeks harga pengeluar AS pada sesi New York malam ini bagi melihat sama ada matawang USD akan beri kejutan untuk kukuh atau terus diheret lemah.
Reaksi pergerakan itu menjadikan penurunan menghampiri 150 pips bagi menyambung trend bearish yang berlaku sejak Khamis dan telah memusnahkan tembok sokongan pada paras 113.400.
Penyusutan yang dipamerkan juga seakan memberi isyarat ketara untuk harga membuat penurunan yang lebih rendah setelah harga turut kekal bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50).
Jika pergerakan harga diperkukuhkan untuk menjunam, zon sokongan terbaharu pada 112.000 dilihat akan menjadi zon tumpuan yang akan diuji untuk pelabur mengeluarkan jangkaan berikutnya.
Jika diteliti, zon sokongan itu turut merupakan zon rintangan pada kenaikan harga di penghujung September sebelum berjaya ditembusi pada awal dagangan Oktober. Penurunan harga ke paras tersebut bakal membentuk zon RBS (resistance become support) yang baru pada carta harga.
Namun sekiranya harga kembali mencatatkan lonjakan yang agresif, paras rintangan pada 113.000 akan menjadi paras awal yang akan dituju sebelum menguji zon SBR (support become resistance) 113.400.
Jikalau harga berjaya menembusi semula zon SBR 113.400 itu sama sekali pelabur mungkin akan menjangkakan harga bakal meningkat tinggi dan paras 114.000 akan menjadi sasaran untuk dicapai.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG