Kejatuhan Pesanan Eksport Taiwan Cerminan Permintaan Global Makin Tenat

143

Permintaan dunia untuk barangan dari Taiwan menyaksikan kejatuhan drastik dalam tempoh 14 tahun pada November.

Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran kepada permulaan ekonomi yang perlahan menjelang 2023 di kebanyakan negara seluruh dunia.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan melaporkan nilai pesanan penghantaran yang dibuat ke Taiwan mencecah $50.14 bilion bulan lepas, jatuh 23.4% berbanding setahun lalu.

Pengguna di Eropah, yang melibatkan pasaran untuk komputer Taiwan dan peranti elektronik lain, terpaksa mengurangkan permintaan kerana sedang bergelut dengan inflasi yang melambung tinggi.

Ini dapat dilihat pada kejatuhan permintaan 26.3% pada bulan lepas di Eropah, manakala pesanan yang dibuat oleh Amerika Syarikat pula merosot sebanyak 16.7%.

Pembuatan komputer, telefon pintar dan komponen untuk elektronik pengguna merupakan penyumbang tertinggi eksport Taiwan, yang seterusnya menambat ekonomi $850 bilion.

Sementara itu, pesanan eksport daripada pembeli terbesarnya iaitu China dan Hong Kong juga merosot dengan kehilangan 37.3% pada bulan November yang turut menandakan kejatuhan bulan kelapan berturut-turut.

Keseluruhannya, nilai eksport sebenar dari Taiwan ke seluruh dunia merosot 13.1% pada bulan lepas, tahun ke tahun.

Pengeluaran perindustrian Taiwan pada November mungkin kehilangan 5% tahun ke tahun, menandakan penurunan yang lebih curam daripada penyusutan 3.6% pada Oktober, kata Goldman Sachs dalam nota penyelidikan pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat