Kejutan Dalam Tinjauan PMI Di China Menimbulkan Suasana Pasaran Yang Ceria Pada Permulaan April.

469

Pasaran Asia hari ini bermula baik selepas data dari China yang positif dan tanda-tanda keyakinan terhadap progres perbincangan perdagangan antara AS-China.

Data PMI perkilangan di China meningkat ke 50.5 pada Mac 2019 daripada paras terendah dalam tempoh tiga tahun iaitu 49.2 pada bulan sebelumnya dan mengalahkan jangkaan pasaran sebanyak 49.5. Ia merupakan kenaikan pertama dalam aktiviti pengilangan sejak Disember tahun lepas.

Sementara itu, Amerika Syarikat dan China mengatakan mereka membuat kemajuan dalam perbincangan perdagangan yang diselesaikan pada hari Jumaat di Beijing, dengan Washington mengatakan perundingan itu “terang dan konstruktif”.

Susulan kedua-dua faktor di atas, Aussie didagangkan mengukuh pada pembukaan pasaran minggu ini walaupun terdapat data yang kurang baik daripada Australia sendiri hari ini.

Indeks Prestasi Pembuatan AIG Australia menurun kepada 51 pada bulan Mac 2019 daripada 54 pada bulan Februari. Bacaan menunjukkan kepada pengembangan paling lemah dalam aktiviti kilang dalam tempoh tiga bulan.

Juga berkenaan sektor perkilangan, kali ini dari Jepun pula. Indeks perkilangan PMI Jepun berada pada 49.2 pada Mac 2019 berbanding angka terakhir sebelum ini pada bulan Februari. Ia menunjukkan bahawa ini adalah penurunan dalam bulan kedua berturut-turut angka PMI ini berada di bawah 50.0 mata ekoran kelembapan pertumbuhan di Eropah dan China.

Beralih kepada pasaran Eropah pula, Pound Sterling sedikit meningkat selepas data pembuatan PMI jam 4.30 petang sebentar tadi. PMI Pembuatan UK meningkat kepada 55.1 pada Mac 2019 daripada 52.1 yang disemak semula pada bulan sebelumnya, menentang persetujuan pasar sebanyak 51.0. Bacaan terbaharu menunjukkan kepada pengembangan sektor perkilangan paling kuat sejak Februari 2018. Walaubagaimanapun, kenaikan matawang ini dilihat terhad berikutan krisis Brexit yang semakin meningkat.

Matawang Euro pula dijangka terjejas berikutan angka inflasi hari ini. Kadar inflasi tahunan zon Eropah berkurang kepada 1.4% pada bulan Mac 2019, jatuh daripada 1.5% pada bulan sebelumnya dan di bawah ramalan pasaran sebanyak 1.5%. Angka ini juga merupakan paras terendah dalam tempoh 9 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat