Kejutan Data New Zealand, Dolar Kiwi Spike!

395

Kadar pengangguran New Zealand tanpa dijangka mencatatkan penurunan pada suku keempat 2020, sekali gus menolak jangkaan untuk pemotongan kadar faedah lebih lanjut oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ).

Statistik New Zealand melaporkan penurunan mengejutkan dalam kadar pengangguran dari 5.3% kepada 4.9%, dan jauh lebih baik daripada jangkaan untuk peningkatan sebanyak 5.6%.

Jumlah pengangguran yang disesuaikan mengikut musim, jatuh sebanyak 10,000 pada suku Disember 2020 kepada 141,000.

Walau bagaimanapun, jumlah pengangguran masih dilihat 25,000 lebih tinggi daripada tahun lalu.

Kejatuhan ini telah menguatkan lagi harapan bahawa RBNZ tidak akan menurunkan kadar faedah 0.25% pada akhir bulan ini dan dapat mendorong spekulasi bahawa langkah seterusnya yang akan dibuat oleh bank pada akhir tahun ini adalah menaikkan kadar faedah.

Jangkaan positif ini telah memacu dagangan dolar New Zealand untuk melonjak lebih tinggi pada sesi Asia dengan diperdagangkan mengukuh berbanding US dolar.

Tindak balas awal New Zealand dalam menangani krisis pandemik coronavirus telah membantu mengurangkan impaknya ke atas ekonomi tidak seperti negara lain yang masih lagi bergelut untuk mengekang penularan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat