Kejutan Data Pekerjaan Australia Bikin Dolar Aussie Melonjak!

260

Ketika pasaran menjangkakan sekatan di Victoria akan memberi impak besar kepada data pekerjaan utama, kadar pengangguran Australia tanpa dijangka telah mencatatkan penurunan ketara pada bulan Ogos.

Menurut data yang diterbitkan Biro Statistik Australia (ABS), kadar pengangguran turun kepada 6.8% daripada tahap tertinggi 22 tahun yang dicatatkan bulan lalu 7.5% dan mengalahkan jangkaan pasaran untuk meningkat pada 7.7%, dengan menjadikannya kadar pengangguran terendah sejak April.

Lebih mengejutkan pasaran apabila pertambahan pekerjaan meningkat sebanyak 111,000 berbanding jangkaan untuk penurunan sebanyak 40,000 pada bulan Ogos. Kadar penyertaan tenaga buruh juga meningkat kepada 64.8% daripada unjuran untuk jatuh pada 64.6%.

Ekoran daripada data yang mengejutkan itu, dolar Aussie yang dilemahkan oleh USD yang menguat susulan mesyuarat FOMC, kembali mempamerkan peningkatan pada sesi Asia.

Pasangan matawang dolar Aussie berbanding US dolar melonjak 30 pips sebaik sahaja data positif itu diterbitkan dan membawanya untuk didagangkan meningkat di sekitar paras harga 0.72700.

Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang ditunjukkan dalam bacaan memberangsangkan tersebut.

Ketua ABS Bjorn Jarvis mengatakan walaupun terdapat penambahan lebih daripada 100,000 pekerjaan, jam bekerja hanya meningkat 0.1% pada bulan lalu, dan turun 5.1% daripada yang dicatatkan pada Ogos tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat