Kejutan Fed, USD Bangkit Semula!

510

Beberapa pembuat dasar Federal Reserve (Fed) nyata bersedia untuk mempertimbangkan perubahan pada dasar monetari berdasarkan pemulihan ekonomi yang berterusan, menurut laporan minit mesyuarat FOMC pada bulan April.

Ini sekali gus mendorong dagangan US dolar melonjak semula berbanding sekumpulan matawang utama dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun menghampiri tahap 1.7% pada sesi New York.

Walaupun tiada pernyataan secara langsung mengenai pengurangan (tapering), tetapi beberapa pembuat dasar menyatakan kesediaan mereka itu membincangkan rancangan untuk menyesuaikan kadar pembelian aset.

Namun, kenyataan tersebut dibuat ketika sebelum data pekerjaan NFP dikeluarkan. Oleh tu, pandangan mereka untuk melakukan pengurangan mungkin berubah selepas melihat data yang lebih lemah dari dijangkakan.

Para pembuat dasar secara amnya mengatakan bahawa ekonomi masih jauh dari sasaran pekerjaan dan inflasi. Fed terus menilai bahawa unjuran asas untuk aktiviti ekonomi cenderung ke arah penurunan dan ketidakpastian terhadap ramalan juga meningkat.

Susulan kebangkitan semula US dolar, matawang euro susut dari paras tertinggi empat bulan dengan tumpuan kini terarah kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah pada Jumaat.

Matawang pound turut mencatatkan penyusutan namun kekal didagangkan stabil di atas paras 1.41000 berbanding USD, disokong oleh data inflasi UK yang kuat pada bulan Mac.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat