Kejutan Menjelang NFP, EUR/USD Terpacak Semula 100 Pips!

328

Kejutan terus mewarnai pasaran kewangan menuju penghujung minggu ini menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan menjadi tumpuan utama.

US dolar kembali mempamerkan penyusutan nilainya semula susulan laporan data ADP NFP yang mengukur sektor swasta di AS mencatatkan angka bacaan yang lemah, lebih separuh rendah berbanding jangkaan.

Ini telah mencetus jangkaan awal bahawa laporan NFP pada sesi New York malam ini juga boleh merosot.

Selain itu, sentimen pasaran yang kembali memulih daripada berisiko turut memberi tekanan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven, setelah petunjuk peningkatan pada pasaran saham global.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memaparkan kenaikan harian sekitar 100 pips pada dagangan Khamis semalam.

Lonjakan harga tersebut telah merosakkan corak bearish yang terbentuk pada carta harga sejak awal minggu sehingga Rabu.

Jangkaan untuk harga meneruskan penurunan meleset, apabila harga yang melonjak di atas paras 1.07000 dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga telah memberi isyarat perubahan trend harga semula.

Kenaikan harga yang mencapai paras sekitar 1.07500 di penghujung sesi New York semalam dijangka untuk menyambung kenaikan lebih tinggi menuju ke zon 1.08000.

Sekiranya US dolar terus melemah, berkemungkinan zon tersebut akan berjaya ditembusi untuk harga terus catatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.

Namun, jika laporan NFP pada malam ni kukuh dan menyokong pengukuhan semula US dolar, harga boleh menjunam dan kembali menyambung penurunan semula.

Harga yang susut di bawah paras 1.07000 akan cuba untuk mengatasi paras terendah harga dicecah pada Rabu lalu sebelum mensasarkan pada zon RBS (resistance become support) 1.06000 untuk diuji.

Dan penurunan berikutnya akan menguji zon-zon tumpuan harga sebelum ini seperti 1.05000 atau 1.04000 pada pergerakan trend bearish yang lebih jelas.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat