Kejutan NFP AS, Emas Kembali Garang!

607

Terukir senyuman di wajah pelabur emas apabila menyaksikan logam kuning itu didagangkan lebih tinggi pada awal minggu.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan berlegar pada sekitar harga $1,672 per auns, sedikit susut dari paras tertinggi $1,681 per auns yang dicapainya pada akhir minggu lalu.

Menyokong dagangan emas adalah kelemahan US dolar susulan penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang menyuramkan pada bulan Oktober.

Walaupun pertambahan dalam pekerjaan pada bulan lalu melebihi jangkaan, namun terdapat tanda-tanda kelembapan dalam pasaran buruh ekoran kadar pengangguran yang lebih tinggi.

Susulan itu, dolar greenback susut ketara dan mendorong daya tarikan buat pelabur mendapatkan logam berharga itu.

Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada pengeluaran data inflasi Amerika Syarikat pada pada hari Khamis bagi menentukan hala tuju seterusnya buat US dolar dan logam kuning emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat