Kejutan Oleh BOE, GBP/USD Bakal Turun Lebih Rendah Minggu Ini

546

Pasaran menyaksikan pergerakan aktif harga bagi matawang Pound Sterling pada petang ini setelah dikejutkan oleh pemotongan kadar faedah 50 mata asas oleh bank pusat England.

Mengikut jejak Federal Reserve (Fed), Bank of England (BOE) turut menurunkan kadar faedah dari 0.75% kepada 0.25% dan diumumkan di luar jadual mesyuarat polisi.

Jika diteliti, matawang Pound mula pamerkan penurunan pada minggu ini berbanding US dolar selepas mencapai kenaikan ke paras ketinggian 1.32000 pada Isnin.

Dagangan pasangan matawang GBP/USD pada minggu lalu mencatatkan kenaikan ekoran penyusutan pada dagangan US dolar.

Seperti ekonomi negara yang terkesan oleh wabak Coronavirus COVID-19, UK tidak terlepas terkena tempias.

Terbaru, Menteri Kesihatan UK Nadine Dorries telah dilaporkan terkena jangkitan virus tersebut. Penularan yang semakin buruk akan menambahkan lagi tekanan buat UK yang masih berdepan ketidaktentuan rundingan bersama Kesatuan Eropah (EU) untuk hubungan selepas Brexit.

Penurunan ketara harga pada carta GBP/USD semalam ke paras 1.28700 mencatatkan sekitar 250 pips ke paras lebih rendah.

Harga bergerak perlahan pada sesi Asia hari ini dan menunjukkan kenaikan harga dengan pergerakan yang lemah.

Namun awal dagangan sesi Eropah menyaksikan penurunan ketara harga pada carta GBP/USD susulan pengumuman pemotongan kecemasan tersebut melihatkan penurunan drastik 100 pips harga.

Harga telah kembali menyambung semula penurunan melepasi paras 1.28700 dan menguji zon RBS (resistance become support) hampir di paras 1.28000.

Jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga akan menguji zon support yang diuji pada awal minggu lalu sekitar paras 1.27300.

Namun jika terdapat kenaikan harga, paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) akan diuji sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi sekiranya melepasi halangan tersebut.

Kenaikan tertinggi dilihat akan ke paras resistance 1.32000 yang diuji awal minggu ini.

Selain data ekonomi, pasaran juga akan memberi tumpuan pada laporan belanjawan tahunan UK yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan terbaru UK, Rishi Sunak.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat