Kejutan Oleh OPEC Semalam Menimbulkan Persoalan Baru Dalam Kalangan Peniaga Minyak

50

Minyak mentah mencatat keuntungan sederhana pada Jumaat selepas persetujuan OPEC untuk membekukan bekalan minyak mentah.

Sementara itu, minyak mentah bagi penghantaran November di New York meningkat 0.19% kepada $47.79 setong.

Pembekal minyak di Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat minggu lalu meningkat sebanyak 2 hingga 418 buah pelantar.

Dalam pada itu, minyak Brent di ICE London menurun kepada $49.62 setong.

Semalam, harga minyak mentah kembali berundur setelah melonjak sebanyak 6% sebelumnya berikutan keghairahan peniaga minyak mentah terhadap prospek pembekuan bekalan yang dilaksanakan oleh OPEC.

Pasaran dikejutkan dengan keputusan OPEC semalam yang bersetuju untuk membekukan bekalan komoditi hitam kali pertama sejak tahun 2008.

OPEC mencapai kata sepakat untuk mengehadkan pengeluaran kepada 32.5 juta hingga 33.0 juta tong sehari berbanding output semasa sebanyak 33.2 tong sehari.

Pun begitu, pasaran kekal skeptikal memikirkan bagaimana perancangan itu bakal dilaksanakan. Sesetengah penganalisis berpendapat bahawa persetujuan itu akan menyediakan butiran mengenai bekalan yang mesti dikeluarkan oleh setiap negara.

Kesemua 14 anggota OPEC akan menunggu sehingga pertemuan rasmi di Vienna pada 30 November nanti bagi memuktamadkan keputusan tersebut.

Bagaimana Program IB Boleh Membantu Kerjaya Forex Trading Anda?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat