Kekacauan Pasaran AS Letakkan Pelabur Dalam Kewaspadaan!

431

Dolar greenback mendapat sokongan pada dagangan awal minggu dengan didagangkan stabil ketika para pelabur masih berwaspada di tengah-tengah pertempuran di Wall Street antara ‘hedge fund’ dan pelabur runcit (retail traders).

Kekacauan dalam pasaran saham pada minggu lalu sehingga menyebabkan volatiliti yang tidak pernah terjadi sebelum ini dijangka berterusan memandangkan pasaran saham Asia dan niaga hadapan saham AS hari ini masih dilihat di lautan merah.

Ini memberi kekuatan buat indeks dolar untuk bertahan pada kenaikan minggu lalu pada 90.54 berbanding sekumpulan matawang utama.

Walaupun dengan penurunan dalam pasaran ekuiti dan kenaikan dolar greenback, tetapi matawang utama masih bertahan dengan cukup baik.

Kerugian yang dicatatkan matawang komoditi dan euro juga terhad, sementara pound sterling pula kukuh selepas merekodkan paras ketinggian terbaru lebih dua tahun pada minggu lalu.

Dolar Aussie pada mulanya merosot ketika pembukaan dagangan sesi Asia selepas Perth, Australia Barat dilaksanakan sekatan selama lima hari disebabkan peningkatan kes coronavirus.

Namun begitu, matawang itu kembali didagangkan stabil dengan memaparkan sedikit peningkatan, diikuti oleh dolar kiwi dengan pelabur tetap berhati-hati dalam meletakkan posisi.

Kelewatan dalam pelaksanaan pakej rangsangan Amerika Syarikat $1.9 trilion dan pengedaran vaksin Covid-19 di Eropah juga meletakkan pelabur dalam kebimbangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat