Kekacauan Politik Semasa Undang Kemarahan Rakyat!

634

Sebuah poster yang tertulis dengan ‘Demokrasi Mati, Ayuh Turun Ke Jalan’ telah tular di media sosial pada Isnin lalu. Berikutan dengan penularan tersebut, lebih 100 individu mengadakan bantahan di Dataran Merdeka pada Selasa malam.

Perhimpunan aman yang diadakan itu mengumpulkan wakil daripada agensi bukan kerajaan, aktivitis hak asasi manusia, pemimpin persatuan pelajar universiti dan orang ramai. Selain itu, perhimpunan itu diadakan untuk memberi gambaran kepada ahli politik bahawa rakyat sedang menuntut penjelasan mengenai kegawatan politik yang berlaku.

Sehubungan dengan itu, kira-kira 30 anggota polis telah dikerah untuk memantau keadaan semasa di perhimpunan tersebut. Menurut Pengurus Komunikasi Program Pemeliharaan Orang Utan Kinabatangan (HUTAN), Harjinder Kler, perhimpunan tersebut diadakan untuk mendedahkan respon rakyat pada masa ini.

Tambahan daripada itu, beliau menyatakan bahawa rakyat sedang marah dan merasakan bahawa mereka sedang ditipu. Oleh itu, beliau berharap agar isu politik pintu belakang dapat diselesaikan dengan segera. Tambahan daripada itu, mereka mempunyai hak untuk mengundi sekaligus menjatuhkan kerajaan.

Di samping itu, seorang aktivis pelajar, Azura Nasron berkata rakyat perlu sentiasa diingatkan untuk menentang ahli politik yang korup serta menolak sekeras-kerasnya kerajaan pintu belakang.

Sementara itu, aktivis berkenaan menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlukan jawapan dan penjelasan tentang isu politik semasa walaupun agak mustahil untuk dilakukan dalam masa yang terdekat.

Bukan itu sahaja! Salah seorang aktivis, Wong Yan Ke mendakwa bahawa rakyat telah lama dikhianati serta menyeru agar pilihan raya diadakan jika kerajaan baru tidak memihak kepada mereka. Selain itu, beberapa penunjuk perasaan yang lain bertindak mempersoalkan tentang undi mereka.

Majoriti peserta perhimpunan bertegas bahawa mereka tidak takut untuk mengadakan bantahan dan akan berjuang habis-habisan bagi menentang ketidakadilan. 9 Mei 2 tahun yang lalu, rakyat telah berjaya mempamerkan kuasa mereka dalam mengubah kerajaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat