Kekal Bullish, AUD/USD Capai Paras Tertinggi 5 Bulan Pada Sesi Asia

282

Dagangan bagi matawang komoditi kekal kukuh untuk penghujung tahun 2019 dengan sentimen positif perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Kedua-dua pihak memberikan kenyataan positif dengan harapan perjanjian perdagangan akan ditandatangani dalam masa yang terdekat ini.

Dolar Australia kekal mempamerkan pergerakan menaik khususnya berbanding matawang utama US dolar yang bergerak lemah pada minggu ini.

Pergerakan harga juga perlahan dalam suasana pasaran bercuti sempena perayaan hari Krismas.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga telah berjaya melepasi paras resistance 0.69300 selepas menguji beberapa sepanjang minggu.

Kenaikan harga telah berjaya mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Julai lalu melepasi paras 0.069500. Namun pergerakan harga kekal dilihat perlahan.

Harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average (50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta AUD/USD memberi isyarat bahawa trend masih bullish.

Kenaikan lebih tinggi harga bakal menuju ke zon resistance pada ketinggian 0.70000 yang merupakan zon SBR (support become resistance) utama.

Namun jika harga kembali turun semula, paras 0.69300 akan diuji dan membentuk zon RBS (resistance become support) yang baru sebelum harga meneruskan kenaikan kembali.

Sebaliknya jika harga kekal turun lebih rendah, penurunan berkemungkinan menuju paras sekitar 0.68900 dan lebih rendah di paras 0.68600.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat