Kekal Dalam Zon ‘Sideway’ 100 Pips Harga, EUR/USD Susut Semula

151

US dolar kembali pamerkan pengukuhan semula menuju dagangan penghujung minggu ini berikutan pelabur menilai sentimen pasaran yang kembali berisiko setelah meneliti terbitan data sektor ekonomi.

Sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah catat bacaan angka yang menurun, menunjukkan penguncupan aktiviti ekonomi ke paras terendah 16 bulan.

Sementara bacaan data yang sama di Amerika Syarikat (AS), menunjukkan sektor pembuatan jatuh ke paras terendah 2 tahun, sementara sektor perkhidmatan adalah terendah 5 bulan.

Situasi ini terus meningkatkan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi sementara bank-bank pusat masih bergelut menentang kadar inflasi yang memuncak.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan penurunan semula harga pada dagangan Khamis semalam menguji sekali lagi zon sokongan 1.05000 pada zon RBS (resistance become support).

Namun, harga berjaya bertahan dari susut lebih rendah dari zon tersebut untuk kekal berlegar di atasnya sehingga sesi pasaran New York berakhir.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam boleh menjadi isyarat awal untuk harga menyambung penurunan lebih rendah.

Sekiranya harga berjaya susut di bawah zon 1.05000 tersebut, harga bakal terdorong untuk melanjutkan penurunan menuju semula zon support utama pada 1.04000.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru harga untuk tempoh dagangan 20 tahun.

Sebaliknya, jika harga memaparkan kembali lonjakan, rintangan yang bakal diuji harga adalah pada zon 1.06000.

Pada Selasa lalu dan minggu lalu juga, harga masih belum berjaya menembusi rintangan 1.06000 itu setelah kenaikan harga mencapai ke ketinggian tersebut.

Sekiranya harga berjaya melepasinya, kenaikan harga yang diteruskan untuk pergerakan bullish yang lebih jelas bakal mensasarkan pula ke paras 1.07000 atau lebih tinggi lagi ke paras ketinggian 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat