Kekal Gah! Wallet Yuan Digital Jadi Aplikasi Muat Turun Terbanyak Di China!

663

 

Walllet baharu aset kripto yang dikeluarkan oleh kerajaa China dilaporkan telah menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di negara tersebut selepas beberapa hari ia dilancarkan. Penggunaan dan integrasi dengan aplikasi lain menjadi faktor meningkatnya penggunaan pembayaran yuan digital.

Pada minggu lalu, kerajaan telah menawarkan dan menyediakan wallet digital (e-CNY) untuk dimuat turut. Pada hari ini, bilangan muat turun aplikasi tersebut mengatasi Wechat dan ia menjadi aplikasi paling popular di iOS Apple berdasarkan laporan South China Morning Post. Pada hari Isnin lalu pula, ia telah menjadi aplikasi kewangan kedua paling banyak dimuat turun dalam gedung aplikasi Xiaomi.

Aplikasi e-CNY tersedia secara meluas untuk dimuat turun tetapi pada masa ini ia hanya boleh digunakan di kawasan tertentu. Institutsi Penyelidikan Mata Wang Digital Bank Rakyat China (PBOC) yang merupakan pembangun kepada perisian ini telah menjalin kerjasama pihak berautoriti di 10 bandar perintis termasuk Shanghai, Shenzhen, Xiongan, Chengdu, Suzhou dan Beijing.

Pelancaran aplikasi itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan aset kripto bank pusat China (CBDC) menjelang Tahun Baharu Lunar yang bermula pada 1 Februari. Di mana ia merupakan waktu yang sesuai untuk memberi ang pow. Selain itu, pengunjung Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 akan dapat menggunakan e-CNY tanpa perlu membuka akaun bank tempatan.

Yuan digital boleh dibelanjakan melalui aplikasi pembayaran lain seperti Alipay dan Wechat Pay, yang menyumbang 90% daripada pasaran pembayaran mudah alih China. CBDC juga tersedia dalam aplikasi daripada tujuh bank China iaitu Bank Perindustrian dan Komersial China, Bank Pertanian China, Bank Pembinaan China, Bank China, Bank Komunikasi, Bank Simpanan Pos China dan Bank Pedagang China.

Berdasarkan laporan, integrasi yuan digital telah mendorong kenaikan dalam bilangan transaksi dimana data menunjukkan nilai urus niaga meningkat lebih daripada 64% sepanjang minggu sebelum pelancara aplikasi.

Permerhati pasaran percaya bahawa Yuan Digital adalah CBDC paling maju di dunia,mendahului projek serupa di A.S., EU dan Rusia. Seorang pegawai di PBOC mendedahkan pada bulan November bahawa aset kripto CBDC telah digunakan dalam transaksi yang bernilai hampir $10 bilion. Sehingga bulan Oktober, kira-kira 140 juta penduduk China telah membuka akaun yuan digital.

Hal ini membawa indikasi bahawa dengan sikap komited China terhadap CBDC ia akan mendorong negara-negaa lain untuk meningkatkan lagi usaha mereka dalam projek CBDC supaya tidak ketinggalan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat