Kekayaan Mark Zuckerberg Meroket $12 Bilion Sehari Sebab Faktor Ini!

595

Lonjakan dalam saham Meta Platforms pada hari Khamis telah memacu kekayaan pengasasnya, Mark Zuckerberg melonjak sebanyak $12.4 bilion kepada $67.6 bilion.

Ini merupakan keuntungan harian terbesar pernah direkodkan oleh Zuckerberg sejak Facebook (kini Meta) disenaraikan pada Mei 2012.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Meta mencatat laporan pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan pada suku keempat 2022 yang memacu lonjakan saham syarikat itu lebih 20%.

Zuckerberg kini berada di kedudukan ke-16 terkaya global, naik daripada tangga 22 yang didudukinya sehari yang lalu, menurut senarai Forbes.

Beliau pernah berada di kalangan Top 10 terkaya di dunia selama 7 tahun, tetapi tersingkir pada September lalu susulan penyusutan saham Meta akibat penurunan hasil pengiklanan di tengah-tengah persaingannya dengan Tiktok dan kelembapan sektor teknologi secara menyeluruh.

Keuntungan yang diraih pada Khamis pastinya meredakan sedikit kebimbangan beliau setelah melalui tahun 2022 yang sukar.

Laporan terbaru dalam suku keempatnya tidaklah sangat memberangsangkan, di mana Meta melaporkan penurunan hasil sekitar 4% pada suku keempat berbanding tempoh yang setahun lalu.

Namun, ia jauh melebihi ramalan penganalisis yang menjangkakan penurunan hasil sebanyak 6.5% dan cukup untuk memacu peningkatan saham syarikat itu, selain pengumuman mengenai peningkatan $40 bilion dalam pembelian balik sahamnya.

Walaupun sahamnya melonjak lebih 20% pada hari Khamis, namun syarikat itu masih 51% lebih rendah daripada puncak yang dicapainya pada September 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat