Kekhuatiran Impak Varian Delta Terhadap Ekonomi Meningkat, Ini Pandangan Pakar!

770

Pada bulan Jun tahun lepas, Ketua Rizab Persekutuan Powell mengatakan pada sidang media bahawa pemulihan ekonomi daripada pandemik adalah masih tidak pasti dan ianya bergantung sejauh mana negara dapat mengekang penularan pandemik.

Setahun setelah itu, kita telah saksikan ekonomi pulih dengan pantas daripada jangkaan asal. Walaubagaimanapun, penularan varian Delta pada ketika ini terutama di A.S, ahli ekonomi mula menzahirkan kerisauan yang dizahirkan pada tahun lepas.

Laporan jualan runcit pada hari Selasa menyebabkan Bank of America menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK dari 7% kepada 4.5%. Pada bulan lalu, data jualan jatuh 1.1% berbanding jangkaan yang sasarkan kejatuhan 0.3%.

Di Pantheon Macroeconomics, ketua ekonomi Ian Shepherdson pada hari Rabu telah mengeluarkan unjuran untuk pertumbuhan KDNK pada suku ketiga daripada 10% kepada 7% berikutan data perbelanjaan pengguna yang kurang memuaskan. Kata Shepherdson, penurunan ramalan adalah sebagai tindak balas terhadap kesan varian Delta terhadap sektor ekonomi.

Pakar ekonomi lain berpendapat bahawa penularan varian Delta bukanlah satu-satunya faktor yang menghambat perkembangan ekonomi namun jualan runcit juga telah menunjukkan kelemahan berdasarkan data bulan Julai.

Indikasi perbelanjaan terhambat disebabkan pendapatan benar semakin lemah yang berpunca dari kekurangan sokongan fiskal dan kenaikan harga pengguna baru-baru ini.

Tamsilnya, para pemain pasaran kini memusatkan perhatian mereka kepada dua kemungkinan iaitu ekonomi boleh kehilangan momentum apabila rangsangan fiskal semakin pudar dan penularan pandemik yang semakin meluas. Dalam masa yang sama, para pemain pasaran masih lagi yakin terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat