Kekhuatiran Perkembangan Brexit – Ekonomi UK Mencatat Bacaan Terlemah Sejak 2012!

404

Kajian menunjukkan kesihatan ekonomi UK jatuh ke paras terendah 7 tahun lalu pada bulan Ogos berikutan diseret oleh sentimen pasaran yang pesemis dalam kalangan syarikat-syarikat perkhidmatan, peruncit dan pengguna yang mengharapkan inflasi UK meningkat.

Suruhanjaya Eropah mengumumkan pada hari ini bahwa Indikator Sentimen Ekonomi (ESI) bagi negara UK jatuh kepada paras bacaan 92.5 daripada 94.3 yang dikecapi pada bulan Julai. Bacaan bulan Ogos ini merupakan bacaan terendah sejak September 2012.

Sektor-sektor pembuatan UK yang mewakili 10% ekonomi negara sedang berhadapan dengan kemungkinan no-deal Brexit. Hal ini jika berlaku ia akan memberi impak yang buruk terhadap rantaian pengeluaran dan menghambat pertumbuhan ekonomi global.

Laporan ESI secara keseluruhan menunjukkan tanda-tanda bahawa Ekonomi akan berhadapan kesulitan untuk melonjak naik daripada pengucupan suku kedua. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini data pengguna sedikit positif berikutan didorong oleh pertumbuhan upah yang bertumbuh pada kadar yang pantas.

Namun dalam masa yang sama syarikat-syarikat mula mengurangkan pelaburan mereka berikutan ketidakpastian dalam isu Brexit.

Matawang pound masih lagi menyusut iaitu dengan penyusutan sebanyak 0.11% setakat jam 11.05 p.m dan telah jatuh sebanyak 0.5% pada minggu ini. Antara isu terkini yang menghambat matawang pound sterling ialah tindakan Perdana Menteri UK Boris Johnson yang telah mengambil langkah berani untuk menangguhkan perbicaraan parlimen sekitar 5 minggu dengan tempoh berehat sehingga 14 Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat