Kekhuatiran Terhadap Kemelesetan Ekonomi Semakin Terasa, Euro Terus Terhimpit!

438

Mata wang euro merosot di bawah $0.99 kepada paras terendah baru 20 tahun pada hari Isnin selepas pemberhentian bekalan gas oleh Rusia ke saluran paip utamanya ke Eropah meningkatkan kebimbangan mengenai krisis tenaga yang semak parah di rantau tersebut.

Euro saban waktu telah semakin dikaitkan dengan harga gas asli dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Ini tercermin apabila mata wang euro susut apabla harga sumber tenaga meningkat.

Eropah kini sedang bergelut untuk menghentikan bekalan Rusia dan membina rizab sebelum musim sejuk, namun para pelabur menganggap kesannya terhadap ekonominya akan menjadi besar.

Mata wang euro telah merosot kepada serendah $0.9876 dalam dagangan awal Eropah sebelum didagangkan pada paras 0.9926 berbanding US dolar semasa penulisan.

“Aliran gas telah disekat lebih daripada yang dijangkakan dan kami telah melihat bukti kesan terhadap permintaan yang mempengaruhi aktiviti,” kata Michael Cahill, pakar strategi di Goldman Sachs (NYSE:GS). “Kami kini menjangkakan Euro akan jatuh lebih jauh di bawah pariti ($0.97) dan kekal di sekitar paras itu untuk enam bulan akan datang,” tambahnya.

Mata wang lain yang terdedah kepada kenaikan harga tenaga juga jatuh. Pada awal dagangan, sterling turun setengah peratus kepada paras terendah 2-1/2 tahun baharu pada $1.1444, dengan pelabur beri perhatian pada pengumuman perdana menteri Britain yang baharu.

Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama mengukuh sebanyak 0.28% kepada 109.828.

Para pelabur kini bakal beri tumpuan pada mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung pada hari Khamis dan pasaran telah menetapkan harga hampir 80% peluang kenaikan kadar faedah 75 mata asas.

Dolar Australia yang sensitif terhadap risiko merosot sebanyak 0.5% ke arah paras terendah tujuh minggu pada $0.6773

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat