Kekuatan Dolar Greenback Hanya Sementara?

412

Dolar Amerika terus menyambung pengukuhan berbanding pesaing utama ketika hasil perbendaharaan AS meningkat lebih tinggi, melanjutkan pemulihan terbarunya sejak kejatuhan drastik pada Mac 2020.

Hasil perbendaharaan bergerak ke atas dengan kadar 10 tahun meningkat ke tahap tertinggi sejak Mac 2020 sehingga mencecah 1.14%. Kenaikan ini menunjukkan bahawa para pelabur mula percaya bahawa ekonomi akan pulih lebih cepat.

Sokongan daripada peningkatan hasil juga telah mengatasi kebimbangan bahawa perbelanjaan tambahan daripada bantuan rangsangan akan mendorong kepada inflasi lebih cepat, yang biasanya akan menjadikan US dolar kurang menarik.

Namun begitu, pengukuhan dolar greenback mungkin tidak kekal kerana penganalisis menjangkakan matawang itu akan menyusut semula memandangkan pelaksanaan rangsangan dan pelancaran vaksin meningkatkan prospek terhadap pertumbuhan global.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar didagangkan menguat pada 90.56 ketika sesi Asia.

Sementara itu, pengukuhan US dolar telah mendorong matawang pound jatuh ke bawah paras harga $1.35000 dan kini para pelabur mula menjangkakan kadar faedah negatif akan dilaksanakan oleh Bank of England (BOE) seawal Mei 2021.

Perdana Menteri Boris Johnson memberi amaran bahawa UK berada pada saat yang sangat berbahaya dalam menghadapi pandemik berikutan lonjakan kes coronavirus telah memberi tekanan pada sistem kesihatan.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand terus didagangkan suram pada sesi Asia di tengah-tengah ketiadaan pemangkin untuk merangsang dagangan kedua-dua matawang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat