Kekurangan Pemacu, Bursa Malaysia Terus Dibuka Rendah

187

Bursa Malaysia terus dibuka rendah hari ini disebabkan kekurangan pemangkin selepas Wall Street menunjukkan prestasi yang bercampur-campur pada minggu lepas.

Ia juga ditutup rendah bagi mengakhiri sesi dagangan pagi tadi.

Tepat 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.88 mata kepada 1,455.79 daripada 1,460.67 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks utama turun 0.41 mata kepada 1,460.26 sebelum mencapai paras rendah 1,454.12 pada dagangan awal. Persekitaran pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dan 434 kaunter tidak berubah. 1,176 kaunter tidak diniagakan dan sembilan lagi digantung.

Hasil dagangan adalah bernilai RM 822.93 juta, sebanyak 1.66 billion unit terjual.

Menurut Malacca Securities Sdn. Bhd, pelabur akan menumpukan keapda minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan pada pertengahan minggu ini untuk meneliti dan mendapatkan hala tuju kadar faedah.

Data lain seperti tuntutan faedah pengangguran serta Indeks Pengurus Pembelian (IPP) yang akan dikeluarkan pada Jumaat juga akan diteliti berdasarkan nota penyelidikannya.

Kaunter berwajaran tinggi seperti Maybank dan Tenaga Nasional kekal tidak berubah. Manakala, bagi saham aktif seperti Hong Seng, Sarawak Consolidated dan LeForm menunjukkan peningkatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat