Kelemahan Dolar USD Terkesan Oleh Penguncupan Sektor Pembuatan Amerika Syarikat!

281

Peningkatan dalam pertambahan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) malangnya tidak dapat mengangkat pergerakan dolar USD apabila data indeks sektor pembuatan ISM AS menunjukkan penguncupan dalam aktiviti perkilangan untuk tiga bulan berturut-turut.

Laporan menunjukkan peningkatan kepada 48.3 bagi Oktober daripada 47.8 pada bulan sebelumnya, namun tersasar daripada jangkaan pada 48.9 dan juga menunjukkan pertumbuhan yang lebih perlahan daripada bulan September.

Perdagangan global tetap menjadi isu kepada sektor tersebut dengan produk-produk yang berasaskan makanan, minuman & tembakau kekal sebagai sektor industri yang terkuat manakala peralatan pengangkutan paling lemah. Secara keseluruhan, sentimen pada bulan ini tetap berhati-hati terhadap pertumbuhan jangka pendek.

Indeks dolar berbanding enam mata wang utama, kekal pada 97.22 selepas mencecah paras terendah dalam tempoh tiga bulan pada 97.107 pada Jumaat.

Sementara itu menjelang pilihan raya umum di UK Disember ini, PM UK Boris Johnson akan mengetepikan ancaman ke atas no-deal Brexit dalam manifesto pilihan rayanya dengan lebih memfokuskan kepada mendapatkan Brexit berlaku. Tinjauan menunjukkan Parti Konservatif mendahului pembangkang Parti Buruh.

Matawang pound mengukuh pada 1.293 berbanding dolar USD meneruskan peningkatan bulan lepas daripada 1.2200, dengan para pelabur mengandaikan risiko terhadap Brexit semakin berkurangan apabila masing-masing mula menumpukan kepada perkembangan pilihan raya umum UK.

Bank pusat Australia dan UK akan mengadakan mesyuarat polisi pada minggu ini dan dijangkakan tidak mengubahnya walaupun terdapat spekulasi yang menyatakan Bank of England (BoE) akan mengurangkan pengetatan polisinya.

Selain itu, pemimpin baru Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde akan memberikan ucapan pertamanya hari ini, dengan pasaran mengandaikan beliau akan kekal dengan skrip dasar mudah yang ditinggalkan oleh Mario Draghi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat