Kelompok ‘Whales’ Kripto Tidak Gentar,’Top Up’ 13 Juta Dolar GBTC!

155

Penurunan harga yang ketara pada baru-baru ini yang mendorong harga bitcoin jatuh ke tahap di bawah $ 30,000 tidak menghalang syarikat pengurusan pelaburan Cathie Wood, ARK Invest untuk membuat ‘kerja gila’. Syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka membeli lebih daripada 140,000 saham tambahan Grayscale Bitcoin Trust dalam sehari untuk ETF ARK.

Aset kripto utama telah mengalami penurunan mendadak semalam dengan melakukan penurunan dari $ 31,000 ke paras terendah bulanan $ 29,200 dalam beberapa jam. Walaupun sentimen kripto tidak begitu baik atau boleh dikatakan negatif, tambah pula indeks ukuran ketahun menunjukkan ‘ketakutan melampau’ namun ia tidak mengahalang ARK Invest mengambil kesempatan dengan memborong kripto semasa tempoh diskaun.

Rekod perdagangan syarikat menunjukkan bahawa mereka telah mengumpulkan 140,157 saham Grayscale Bitcoin Trust pada 20 Julai. Ini berlaku sehari selepas ARKW ETF membeli 310,067 saham GBTC. Oleh itu, jumlah pembelian bagi dua hari bersamaan 450,224 GBTC.

Hal ini jika diselarikan dengan unit BTC, ARK Invest telah membeli lebih dari 420 bitcoin pada 19 Julai dan 20 Julai. Dengan kata lain, pelaburan yang bernilai $13 juta telah dilaburkan.

Selain mengumpulkan saham GBTC, ARK Invest merupakan antara penyokong Coinbase dan saham kripto mereka. ARK Invest telah membeli 48,977 saham kripto COIN untuk ART Next Generation Internet ETF dan 22,900 untuk ARK Innovation ETF pada hari Isnin. Kemudian menambahkan lagi pegangan sebanyak 120,069 COIN pada hari Selasa, dan 18,735 untuk ARK Fintech Innovation ETF.

Ketika penulisan harga BTC telah berjaya membuat kenaikan sebanyak 6.81% kepada harga $31,553.01 seunit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat