Keluar Dari Zon ‘Sideway’, GBP/USD Sambung Penurunan Untuk Hari Ke-2

175

Dilihat pada sesi dagangan Rabu semalam, US dolar berjaya meneruskan pengukuhan sehingga ke penghujung sesi dagangan New York berbanding mata wang utama yang lain untuk kembali pamerkan dominasi dalam pasaran.

Situasi tersebut adalah didorong oleh ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dalam acara forum anjuran European Central Bank (ECB), di mana beliau memberi amaran bahawa risiko terbesar kepada ekonomi Amerika Syarikat adalah inflasi yang berterusan dengan langkah kenaikan kadar faedah yang agresif juga bakal menyebabkan ekonomi bergerak pelahan.

Jika pengukuhan US dolar kekal berterusan, mata wang utama lain termasuk Pound akan terus tertekan sehingga ke penutup dagangan minggu ini.

Pound masih didagangkan lemah dengan ketidaktentuan isu Brexit yang berlarutan dan kebimbangan kelembapan ekonomi UK yang semakin meningkat.

Bacaan data pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan pada awal sesi Eropah sebentar lagi dijangka boleh mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan harga GBP/USD semalam, dilihat Pound masih lagi tidak berjaya membuat sebarang kenaikan berbanding US dolar yang meneruskan pengukuhan di tengah minggu sesi dagangan.

Situasi ini dijangkakan bakal berterusan sehingga ke penghujung minggu, setelah harga berjaya keluar dari zon ‘sideway’ 100 pips minggu lalu.

Penurunan harga yang melepasi zon 1.22000 telah turun lebih rendah menuju sehingga ke paras tumpuan 1.21000 sebelum harga bergerak mendatar di sekitar tersebut bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis).

Pergerakan bearish harga juga dilihat masih kekal apabila harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sejak Selasa lalu lagi sebelum penurunan diteruskan semalam.

Dijangkakan penurunan yang lebih lanjut harga bakal menguji zon 1.21000 hari ini dan sekiranya penyusutan harga terus berlaku, harga bakal menuju pula ke zon support 1.20000 selepas penurunan harga pada pertengahan Jun lalu ke zon tersebut telah merekodkan paras terendah untuk tempoh dagangan 2 tahun.

Sebaliknya jika berlakunya perubahan trend dan harga melantun semula, tumpuan bakal terarah semula pada rintangan 1.22000 untuk diuji sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi melepasi halangan MA50 untuk isyarat bullish buat harga.

Jika rintangan tersebut berjaya ditembusi, harga bakal melonjak lebih tinggi menuju pula zon rintangan seterusnya pada ketinggian 1.23000 untuk diuji semula setelah harga masih lagi belum berjaya menembuisnya di awal minggu ini dan juga sepanjang dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat