Keluaran Getah Dijangka Jatuh Sampai 10x Ganda!

677

Pengeluaran getah asli dijangka menurun pada baki tempoh tahun ini sehingga akhir tahun hadapan, menurut International Tripartite Rubber Council (ITRC).

Wakil negara anggota ITRC iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand (TIM), penurunan berkenaan terjadi berpunca daripada cuaca yang tidak menentu, kekurangan aktiviti penorehan getah ekoran Covid-19 dan penyakit luruhan daun Pestalotiopsis.

“Bekalan getah semula jadi berdepan kekangan akibat kekurangan penoreh getah di Malaysia dan Thailand.

“Musim sejuk di Sumatera Selatan turut menyumbang kepada penurunan pengeluaran getah asli,” kata ITRC dalam satu kenyataan sempena mesyuarat secara maya selama dua hari yang berakhir semalam.

Tambah kenyataan tersebut, meskipun pengeluaran getah berkurangan, tahap penggunaannya dijangka meningkat selepas China yang merupakan pengguna getah asli terbesar, merancakkan aktiviti ekonominya semula.

Kerajaan China telah mendorong sektor automotif domestiknya, sekali gus menyumbang kepada peningkatan import getah dari TIM.

“Permintaan getah asli untuk produk yang dicelupkan, terutamanya sarung tangan yang digunakan dalam sektor perubatan dan kesihatan akan terus merekodkan kenaikan yang tinggi dan mengukuhkan harga getah asli,” jelas kenyataan terbabit.

Data eksport TIM ek China bagi tujuh bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 405,473 tan berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Eksport dijangka meningkat kepada 700,000 tan pada tahun ini.

Dalam pada itu, pengeluaran getah asli dalam kalangan negar anggota ITRC pada tahun ini dianggarkan menurun kira-kira 859,000 tan daripada 8.793 juta tan pada tahun lalu.

Meskipun bekalan getah asli berkurangan, namun berkemungkinan akan mendorong kenaikan harga getah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat