Keluarga Jho Low Pulangkan Dana 1MDB Sebanyak RM471 Juta Kepada Malaysia!

525

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan penarikan hak ke atas Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low berhubung peranannya dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) iaitu tentang skandal rasuah dan penyelewengan.

Keputusan hukuman itu ditetapkan selepas Hakim Daerah AS, Dale Fischer di Los Angeles meluluskan perjanjian persetujuan itu ke arah ahli keluarga Jho Low pada Isnin.

Aset yang dilucuthakkan itu adalah tambahan kepada hampir AS$1 billion (RM4.19 billion) termasuk ‘superyacht’ yang bernilai AS$120 juta (RM503 juta) seperti yang diwartakan sebelum ini.

Buat masa ini, Jho Low masih menghadapi tuduhan pengubahan wang haram dan konspirasi rasuah di Brooklyn, New York berhubung isu 1MDB.

Pihak berkuasa AS dan Malaysia dalam kenyataan mereka berkata lebih $4.5 billion (RM18.86 billion) telah dirompak daripada 1MDB sejak 2009 hingga 2015. Sejumlah wang dihantar ke akaun bank luar pesisir dan syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low.

Jho Low sebelum ini membantu bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan 1MDB bagi menggalakkan pembangunan ekonomi.

Goldman Sachs turut membantu 1MDB menjual bon dalam mencapai penyelesaian AS$2.9 bilion (RM12.16 bilion) pada 2020 bagi tanggungan kes jenayah AS berhubung 1MDB.

Peguam Jho Low tidak segera menjawab permintaan untuk komen berkenaan kes tersebut.

Ahli perniagaan itu dan keluarganya juga diarahkan untuk menyerahkan harta bernilai AS$67 juta (RM280.47 juta) termasuk hartanah dan akaun bank di Hong Kong, Singapura dan Switzerland.

Jabatan Kehakiman berkata, ia membantu mengembalikan lebih AS$1.5 bilion (RM6.28 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB ke Malaysia dalam kes penyerahan harta sivil terbesar dalam sejarah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat