Keluarga Rothschild Mengawal Ekonomi Dunia?

1,271

Sejak bertahun-tahun lamanya, wujud dakwaan keluarga Rothschild mengawal sistem perbankan dunia. Namun adakah dakwaan itu benar? Sebelum anda meneruskan pembacaan, mari kita kenali dulu siapa keluarga Rothschild ini.

Rothschild terkenal sebagai keluarga paling kaya di dunia dan ramai yang menyatakan keluarga tersebut mengawal dunia.

Malahan, keluarga Rothschild sering kali dikaitkan dengan konspirasi Illuminati dan Dajjal.

Susur galur Rothschild bermula dengan seorang lelaki warga Jerman berbangsa Yahudi dikenali sebagai Mayer Amschel Rothschild. Beliau dikenali sebagai Bapa Kewangan Antarabangsa dan tersenarai sebagai salah seorang ahli perniagaan paling berpengaruh sepanjang zaman oleh majalah Forbes pada 2005.

Beliau bekerja sebagai Court Jew iaitu pegawai perbankan yang berpangkat tinggi dan tugasnya adalah memberi pinjaman wang kepada keluarga bangsawan.

Pada zaman itu, untuk mengenakan faedah pinjaman, tidak ramai yang sanggup kerana kitab Bible menyatakan riba itu adalah haram. Faktor tersebut menyebabkan penganut agama Kristian tidak buat tetapi sebaliknya bagi kaum Yahudi.

Dalam agama Yahudi, tiada larangan riba maka mereka bebas untuk mengendalikan sektor kewangan dan mengenakan faedah kepada orang ramai.

Melalui perkhidmatan pinjaman wang dan riba terhadap golongan kaya-raya Eropah, Mayer Amschel mencapai kekayaan yang luar biasa dengan segera.

Mayer Amschel berkahwin Guttle Schnappe pada 1770 dan dikurniakan 10 orang anak, 5 daripadanya adalah lelaki.

Beliau kemudiannya menghantar kesemua anak lelakinya ke 5 buah negara Eropah untuk menubuhkan industri perbankan di Jerman, Austria, Britain, Itali dan Perancis.

Mayer Amschel mahu anaknya berkahwin dengan sepupu mereka sahaja, maka kekayaan dan kuasa mereka hanya dinikmati dan dikongsi oleh kelompok keluarga Rothschild sahaja.

Selain itu, beliau juga mengharamkan cucu cicit perempuan untuk mendapatkan wasiat peninggalan secara penuh.

Semenjak itu, keluarga Rothschild menguasai bank-bank Eropah dan juga menyalurkan dana ketika konflik besar dunia termasuklah Revolusi Perancis serta Perang Napoleon.

Malah, keluarga Rothschild turut terlibat dalam pembinaan Terusan Suez dan juga pernah menyelamatkan Bank of England daripada bankrap.

Bagaimanapun, keluarga Rothschild ini sangat berahsia sehinggakan pelbagai konspirasi berkaitan keluarga tersebut wujud sejak dari dulu lagi.

Sehingga kini, masih belu ada data dan fakta kukuh yang menunjukkan keluarga Rothschild menguasai dunia dan merupakan keluarga terkaya di dunia.

Ada sumber yang mendakwa keseluruhan kekayaan keluarga Rothschild bernilai AS$2 trilion tetapi ada juga sumber lain mendakwa nilai kekayaan mereka bernilai AS$25 bilion dolar.

Lagipun, pada tahun lalu, cuma seorang individu daripada keluarga Rothschild yang tersenarai dalam majalah Forbes iaitu Benjamin Rothschild. Benjamin merupakan orang ke-1349 terkaya di dunia.

Kalau dilihat secara teliti, terdapat 2207 hartawan di dunia yang tiada kena mengena dengan Rothschild. Penulis merasakan semua hartawan yang menguasai dunia.

Bak kata Malique: “Teori banyak teori pilih mana suka, Teori beruk khayal atau astronaut purba”.

Penafian: Artikel ini tidak menyokong mana-mana pihak, hanya perkongsian fakta semata-mata untuk perkongsian pembaca Intraday.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat