Kemana Hala Tuju Aussie dan Kiwi Hari Ini?

53

Aussie berada pada tahap terendah sejurus pembukaan sesi Asia akibat keputusan mengecewakan terhadap laporan keyakinan perniagaan. Kiwi juga terus menurun selepas penilaian ekonomi terkini oleh bank pusat menggesa kadar pertukaran yang lebih lemah.

Sementara itu, NZD/USD diniagakan pada 0.6977, turun sebanyak 0.64%. USD/JPY turut berubah kepada 107.30, meningkat sebanyak 0.39%. Dalam masa yang sama, AUD/USD diniagakan pada 0.7472, menurun sebanyak 0.01%. GBP/USD pula didagang pada 1.3230, meningkat sebanyak 0.19%.

Di Australia, kajian suku tahunan oleh NAB terhadap keyakinan perniagaan mencatat angka positif 2 pada suku ke-2 berbanding positif 4 untuk sukuan pertama. Walaupun prospek ini dikira melalui sukuan, tetapi ia merupakan petunjuk sektor yang baik.

Terdahulu, RBNZ pada Khamis mencadangkan lebih pelonggaran terhadap kadar tunai semalaman sebanyak 2.25%. Hal ini kerana nilai kiwi yang semakin melemah dan mengurangkan risiko kebimbangan terhadap pertumbuhan global.

US Dollar Index juga kali terakhir disebut pada angka 97.16. Dollar terus mendekati paras tertinggi dalam masa 4 bulan kerana kebimbngan terhadap pertumbuhan global masih mempengaruhi sentimen pasaran. Selain itu, trading volumes juga dijangka kekal kerana tiada data utama Amerika Syarikat dikeluarkan sepanjang hari.

Pelabur juga kekal berhati-hati selepas IMF memotong unjuran pertumbuhan ekonomi global untuk beberapa buah negara.

GBP/USD mencatatkan peningkatan sebanyak 0.53% kepada 1.3182, diluar paras terendah selama seminggu iaitu 1.3064.

Pound kekal konsisten selepas Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan penurunan kadar pengangguran kepada 4.9% dalam tempoh tiga bulan. Hal ini sama sekali berlainan dari ramalan yang menjangkaan tiada perubahan berdasarkan laporan bulan April yang mencatatkan nilai 5.0%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat