Kemaraan Yuan China Curi Tumpuan

192

Sejak minggu lalu, matawang yuan China telah melonjak lebih tinggi sehingga membawanya ke paras ketinggian tiga tahun berbanding US dolar.

Hal ini telah mencuri tumpuan pembuat dasar China untuk memberi amaran terhadap pertaruhan spekulasi pada mata wang.

Pada hari Isnin, seorang bekas pegawai kanan pengawal selia pertukaran asing, Guan Tao memberi amaran terhadap tingkah laku beberapa pihak yang boleh membahayakan pasaran dan membebankan pengeksport China.

Komen Guan menyuarakan pendapat bekas pegawai bank pusat, yang mengatakan pada hujung minggu bahawa kenaikan yuan akan berkekalan.

Ia juga dibuat susulan amaran oleh Berita Kewangan yang disokong bank pusat, mengenai faktor-faktor yang boleh menyebabkannya melemah berbanding dolar greenback.

Susulan itu, matawang yuan kembali mengurangkan keuntungan yang diraih pada awal sesi Asia selepas mencecah paras tertinggi tiga tahun berbanding dolar, dengan didagangkan sedikit rendah di sekitar 6.36.

Yuan telah meningkat 1.7% pada bulan Mei, meneruskan kenaikan dari akhir bulan Mac di tengah prospek ekonomi China yang semakin baik, aliran modal yang kuat dan kelemahan dolar greenback secara meluas.

Walaupun nilai yuan yang lebih kuat akan membantu mengekang peningkatan harga import dan kenaikan kos komoditi, tetapi ia juga boleh menyebabkan lonjakan kos barang yang dieksport.

Para pelabur kini akan memerhati dengan lebih dekat sama ada bank pusat akan mengambil tindakan untuk mengekang kekuatan matawang ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat