Kembali Dibelenggu Tekanan Brexit, GBP/USD Persembah Aksi Suram

331

Melihat kepada carta harga pasangan matawang GBP/USD, pergerakan harga juga nampaknya tidak berdaya untuk menembusi zon SBR (support become resistance) 1.38000 meskipun sudah diuji berkali-kali.

Aksi terjunan turut memperlihatkan harga telah pun menembusi zon SBR 1.37000 dan seterusnya mencatatkan paras terendah yang terbaharu bagi 2 minggu dengan penurunan melebihi 100 pips.

Pergerakan harga dilihat kembali menyambung penurunan pada awal sesi Eropah hari ini (Isnin) serta telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal trend bearish.

Kebimbangan terhadap pasca Brexit terus meningkat di tengah perbalahan akibat Perancis telah menahan serta mengeluarkan saman kepada bot UK pada minggu lalu dan terus memberikan tekanan kepada matawang Pound.

Manakala matawang USD mendapat semula prestasi pengukuhan pada penutup dagangan Oktober selepas menerima sokongan daripada penerbitan data indeks harga perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) yang positif.

Terbitan data itu juga mungkin akan kembali memberi keyakinan kepada pelabur untuk Federal Reserve (Fed) dalam meningkatkan kadar faedah dalam masa lebih awal daripada jangkaan yang direncanakan.

Penurunan yang ketara bakal menyaksikan pergerakan harga menuju semula ke zon RBS (resistance become support) 1.36000 atau akan mempamer junaman ke paras yang lebih rendah lagi.

Zon RBS tersebut juga merupakan paras rintangan yang kerap kali diuji pada permulaan dagangan Oktober sebelum ia berjaya ditembusi pada 13 Oktober sehinggalah terus mencapai paras tertinggi 7 minggu.

Sekiranya zon RBS 1.36000 berkenaan masih lagi berupaya menyokong lonjakan, harga berkemungkinan akan kembali menggapai semula ke zon SBR 1.37000 untuk pelabur menilai respon pergerakan di zon itu.

Jika pergerakan harga berjaya menembusi zon SBR 1.37000 untuk terbang lebih tinggi, harga dijangka akan menuju semula ke zon SBR seterusnya pada 1.38000 dan secara tidak langsung bakal memberi petunjuk bagi perubahan trend.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat