Kemelesetan AS Tak Dapat Dielakkan, Ekonomi Akan Perlahan – Janet Yellen

341

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen memberitahu pada hari Ahad bahawa kemeseletan di negara itu tidak dapat dielakkan.

Dalam temu bual dengan ABC News, Yellen mengatakan bahawa beliau menjangkakan ekonomi akan perlahan.

Tambahnya lagi, ekonomi telah berkembang pada kadar yang sangat kukuh berikutan pemulihan dalam pasaran buruh yang mencapai guna tenaga penuh.

Oleh itu, ia adalah perkara biasa apabila mereka menjangkakan peralihan kepada pertumbuhan yang lebih stabil, tetapi kemelesetan sama sekali tidak dapat dielakkan, ujar Yellen.

Walaupun Yellen kelihatan optimis untuk mengelakkan kemelesetan, ekonomi masih menghadapi ancaman serius dalam beberapa bulan akan datang ekoran perang berterusan di Ukraine, inflasi yang tinggi dan wabak Covid-19. Beliau menyifatkan inflasi sebagai ‘tidak boleh diterima tinggi’.

Topik perbincangan mengenai kemelesetan semakin hangat diperkatakan tahun ini berikutan inflasi terus melambung tinggi dan Federal Reserve (Fed) mengambil langkah agresif untuk mengatasinya.

Pada minggu lalu, Fed telah mengumumkan kenaikan kadar faedah terbesar sejak 1994 iaitu sebanyak 75 mata asas. Pengerusi Jerome Powell juga mengatakan hasrat bank pusat itu akan meneruskan langkah agresif dalam pengetatan dasar monetarinya untuk membendung inflasi.

Pad masa yang sama, ramai menjangkakan gabungan daya tahan dalam perbelanjaan pengguna dan pertumbuhan pekerjaan untuk memastikan AS keluar daripada kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat