Kemelesetan Atau Inflasi? ECB Terpaksa Pilih ‘Racun’ Terbaik Untuk Eropah

231

‘Dedua pilihan sama je membawa penyusutan pertumbuhan ekonomi, cuma mana satu yang lebih teruk saja akan dielak pembuat dasar.

Bank Pusat Eropah (ECB) bagai ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ dengan bacaan inflasi zon Eropah mencanak tinggi, hampiri angka 2 digit, tatkala terdapat risiko kemelesetan daripada kenaikan kadar yang agresif.

Perkara tersebut merujuk kepada dilema ECB sama ada untuk menaikkan kadar lebih tinggi yang membawa kemelesetan, atau memberi stimulus ekonomi dan merisikokan lonjakan inflasi.

Sebagai konteks ECB sebelum ini berada dalam stagflation, keadaan di mana inflasi terlalu tinggi diapit penguncupan ekonomi, selepas hampir sedekad lamanya mengekalkan kadar faedah sifar.

Sungguhpun begitu, ECB baru-baru ini dilihat memilih dasar pengetatan dan dijangka melaksanakan satu lagi kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada minggu depan memandangkan inflasi Eropah melonjak 9.1% pada Ogos.

Ulas pakar ekonomi Commerzbank, Christoph Weil, dengan inflasi dijangka terus melonjak pada September maka ECB diramalkan akan memilih satu lagi kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas.

Ia turut disokong Nordea dalam satu notanya dengan mengatakan ECB bakal menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas minggu depan walaupun unjuran baru bagi pertumbuhan menghampiri senario penurunan.

Dalam pada itu, pakar ekonomi sebulat suara menzahirkan kepercayaan bahawa mengelak kemelesetan adalah mustahil pada tahap ini.

Jelas Riccardo Marcelli dari Oxford Economics, inflasi tinggi akan menambah bebakan kepada permintaan dan seterusnya melemahkan pertumbuhan sehingga mendorog zon Eropah memasuki kemelesetan pada musim sejuk nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat