Kemelut Rusia-Ukraine, Emas Turut Terima Tempias!

1,365

Logam kuning emas diperdagangkan sedikit berubah pada sesi Asia ketika pelabur menantikan mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Walaupun US dolar mencatatkan pengukuhan, tetapi emas kekal didagangkan di sekitar paras tertinggi dua bulan disebabkan ketegangan yang semakin meningkat antara Ukraine dan Rusia sehingga mendorong permintaan terhadap aset safe-haven.

Kemelut antara Ukraine dan Rusia semakin meningkat, lebih-lebih lagi selepas ia turut menerima campur tangan daripada Amerika Syarikat.

Pentadbiran Joe Biden bersedia meletakkan seramai 8,500 tenteranya dalam berjaga-jaga sekiranya Rusia mengambil tindakan untuk menyerang Ukraine.

AS juga telah mengarahkan ahli keluarga diplomat dari kedutaannya di Ukraine untuk meninggalkan negara itu, dan sehari selepas itu UK juga mengambil tindakan yang sama.

Sementara itu, lonjakan inflasi di Australia dan kekecewaan data ekonomi dari Eropah turut menyokong dagangan emas kekal tinggi.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan meningkat pada sekitar harga $1,842 per auns, selepas melantun dari zon harga $1,830 pada sesi sebelum ini.

Pelabur kini bersiap sedia untuk mendengarkan keputusan dasar FOMC yang dijangka akan mengumumkan pengetatan bakal bermula pada bulan Mac dengan kenaikan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat