Kemenangan Biden Akan Membawa Kesan Buruk Dalam Pasaran Saham?

610

Jim Cramer yang merupakan penganalisis dari CNBC berpendapat bahawa terdapat daya bersifat struktur oleh penularan Covid-19 yang mendorong pergerakan dalam pasaran saham tanpa mengira apa jua hasil pilihan raya presiden.

Cramer menyatakan pandangan beliau dalam rancangan Squawk on the Street bahawa beliau percaya tidak ada masalah siapa yang akan memenangi pilihan raya presiden. Trend pasaran yang disebabkan Covid-19 adalah sudah cukup untuk mempengaruhi pergerakan pasaran. Pasaran Saham telah mencatat pengukuhan pada minggu lalu yang didorong oleh rundingan Washington untuk menambah pakej rangsangan Covid-19.

Pelabur kini masih memberi tumpuan dan meneliti perkembangan pilihan raya Presiden antara Donald Trump dan calon Demokrat Joe Biden, dimana kini masih berbaki kira-kira tiga minggu menjelang pilihanraya. Ada yang berpandangan bahawa undian nasional yang dijalankan baru-baru ini condong terhadap Joe Biden berbanding Trump akan memberi kesan buruk terhadap pasaran saham kerana polisi yang ingin diterapkan oleh Biden. Sebelum ini, Biden telah menyatakan untuk meningkatkan kadar cukai lebih tinggi.

Disisi lain Cramer berpendapat perkembangan dan pengadaptasian teknologi terutama dalam bidang konferensi video dan pengkomputeran awan telah mendorong saham berkembang positif. Namun beberapa sektor seperti sektor kewangan dijangka akan mengalami tekanan berterusan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat