Kemenangan Abe Dalam Pilihan Raya Jepun Menjatuhkan Matawang Yen

96

Yen Jepun lemah berbanding semua matawang utama lain di awal sesi dagangan hari Isnin selepas kemenangan parti kerajaan Abe dalam pilihan raya semalam telah memastikan penerusan pelonggaran dasar monetari bank pusat.

Para pelabur beranggapan kemenangan Abe ini akan memberi ruang kepada Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk meneruskan pelonggaran polisi monetari (easing policy monetary) mereka yang menyebabkan hasil bon jatuh mendadak termasuk nilai matawang yen.

Dolar US turut melonjak pada minggu lalu dengan Presiden Trump dan Republik berjaya maju kehadapan dalam perlaksanaan pemotongan cukai, sekali gus meningkatkan nilai saham Wall Street dan hasil bon US.

Kelemahan Yen dan pengukuhan US dolar menyebabkan USD/JPY naik 0.41% di awal sesi dagangan hari Isnin, mencapai harga ¥114.00, paras tertinggi sejak pertengahan Julai lalu. Pasangan matawang ini telah mencapai harga ¥114.49 dan jika paras tersebut ditembusi, harga kemungkinan akan bergerak ke arah ¥115.51

“Hal ini akan meneruskan lagi perlaksanaan Abenomic, termasuk rangsangan besar-besaran BOJ”, tulis penganalisis daripada Institut Pelaburan Blackrock.

“Kami melihat hal ini memberi impak positif yang sederhana kepada ekuiti Jepun, dan sedikit negatif kepada Yen dan bon kerajaan”

Sementara itu, Euro melemah selepas krisis perlembagaan Sepanyol menimbulkan kebimbangan terhadap kesatuan politik mereka dalam blok Eropah. Namun matawang ini tetap kukuh berbanding Yen dengan EUR/JPY naik 0.28% kepada ¥134.01.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat