Kemerosotan Harga Minyak Buat Pedagang Susah Hati!

198

Harga minyak memanjangkan penyusutan pada hari Selasa didorong oleh kebimbangan susulan peningkatan berterusan kes coronavirus di beberapa negara sehingga membayangi optimisme pasaran terhadap vaksin yang akan mula diedarkan menjelang akhir tahun.

Di seluruh dunia, peningkatan mendadak dalam kes coronavirus telah mendorong kepada beberapa sekatan dikenakan semula, termasuk langkah-langkah lebih ketat di Amerika Syarikat, Jerman dan Korea Selatan sekali gus mempengaruhi sentimen permintaan bahan bakar dalam jangka pendek.

Menjelang sesi Eropah, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut 30 sen kepada $48.47 setong, manakala WTI Amerika Syarikat merosot 20 sen pada $45.52 setong.

Bagaimanapun, dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di AS, jangkaan pasaran terhadap pelancaran langkah rangsangan oleh pentadbiran Trump telah menyokong harga minyak mentah daripada jatuh lebih rendah.

Kongres AS dilaporkan akan mengundi pada minggu ini bagi memberi lebih banyak masa kepada para penggubal dasar untuk mencapai kesepakatan.

Sementara itu, Pemimpin Senat Demokrat, Chuck Schumer memberitahu bahawa terdapat tanda-tanda kemajuan dalam perbincangan mengenai pakej bantuan yang dicadangkan oleh bipartisan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat