Kemerosotan Mendadak Data Inflasi Jerman Memberi Kesan Kepada Dagangan Euro

118

Sentimen terhadap Euro mendominasi pasaran matawang utama hari ini untuk hari kedua apabila data inflasi serantau di Jerman yang mencatat bacaan yang lemah telah memberi tekanan kepada matawang tunggal.

US Dollar pula masih dalam keadaan bullish, disamping memulih daripada kejatuhan selepas kekalahan minggu lepas. Dalam sesi ini, matawang Greenback dinilai 111 berbanding Yen.

Selain itu, US Dollar melonjak sebanyak 0.2 peratus berbanding Euro dalam awal sesi dagangan Eropah selepas Jerman melaporkan kemerosotan dalam inflasi tahunan kepada 1.8 peratus daripada 2.4 peratus bulan lalu.

EUR/USD, 30 minit

Nilai yang menunjukkan kejatuhan di bawah sasaran dua peratus itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada Bank Pusat Eropah yang sering mendapat gesaan sejak akhir-akhir ini untuk mengetatkan dasar kewangan, disamping menolak kadar ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut ahli strategi matawang G10 Citi, Josh O’Byrne, mereka perlu mendapatkan lebih banyak data yang positif sebelum membuat sebarang kesimpulan. Namun, data yang merosot itu jelas melemahkan sentimen terhadap Euro.

Selain itu, Sterling telah kembali memulih selepas Theresa May telah melaksanakan langkah rasmi dalam meninggalkan EU pada Rabu.

Bayaran Sehingga £ 50 Billion Sebelum Meninggalkan EU Bukanlah Suatu Idea Yang Bernas : Davis

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat