Kemudahan Pengeluaran Akaun 1 Diperhalusi – KWSP

1,080

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas.

“Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan malam semalam.

KWSP seperti dipetik oleh Bernama sebagai berkata, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa depan.

“Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan,” katanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat