Kena ‘Hack’, Influencer NFT CryptoPunks Ini Rugi $300,000!

75

“Licik betul si pelaku, lepas curi hak orang lain terus jual.”

Setiap individu pasti tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan siber, kali ini penggodam menyasarkan influencer non-fungible token (NFT), CryptoNovo dengan memindahkan dua koleksi CryptoPunks beliau ke address lain.

Sebagai rekod, Cryptonovo telah mengalami kerugian sekitar $300,000 apabila penggodam menjual kedua-dua NFT CryptoPunk tersebut pada harga 70 Ethereum (ETH) bernilai $88,434 dan 199 ETH berharga $251,404.

Namun, koleksi NFT CryptoPunk #3706 yang kini dijual oleh beliau dilaporkan selamat daripada dicuri oleh penggodam tersebut.

Dalam pada itu, pengguna Twitter bernama Proper pula berpandangan kejadian tersebut adalah pancingan data (phishing) dan bukanlah penggodaman.

Hal ini berikutan kerana individu tersebut mungkin menggunakan fungsi “transferForm”* untuk mengalihkan NFT daripada wallet CryptoNovo semasa beliau memindahkan beberapa token ke dalam kontrak pintar.

*Memindahkan token daripada akaun pemilik ke akaun penerima

Bukan itu sahaja, beliau turut memberi amaran kepada setiap individu untuk berhati-hati dengan akaun palsu di Discord yang menyamar sebagai CryptoNovo sejurus selepas serangan koleksi NFT tersebut berlaku.

Selain CryptoPunk, koleksi NFT lain beliau yang turut digodam adalah Meebits, CloneX, Mutant Ape Yacht Club (MAYC) dan Bored Ape Ape Yacht Club (BAYC).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat