Kenaikan AUD/USD Pada Sesi Asia Didorong Data Kukuh Ekonomi China

325

Matawang komoditi diniagakan kukuh pada sesi pasaran Asia untuk pembukaan dagangan minggu pertama bagi bulan Disember. Antara matawang yang mengukuh termasuk dolar New Zealand dan juga dolar Australia.

Ini adalah disebabkan tanda-tanda kestabilan ekonomi China dengan bacaan data ekonomi yang kukuh. Mengejutkan pasaran apabila aktiviti sektor pembuatan bagi ekonomi kedua terbesar dunia itu mencatatkan bacaan lebih tinggi berbanding ramalan.

Dengan itu, sentimen pasaran kembali pulih dan meningkatkan aset berpulangan tinggi khususnya matawang dolar Australia walaupun data ekonomi yang diterbitkan pada sesi Asia agak lemah.

Di samping data-data penting seperti data GDP, jualan runcit dan imbangan dagangan bagi Australia akan diterbitkan pada minggu ini, Aussie akan turut ditambah tekanan dengan mesyuarat dasar monetari bank pusat pada Selasa.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga pada penghujung dagangan minggu lalu telah mencecah ke paras terendah bagi bulan November sekitar 0.67550.

Harga menunjukkan trend bearish ekoran ketidaktentuan rundingan dagang Amerika Syarikat dan China yang menjejaskan dagangan Aussie.

Dengan disokong oleh data ekonomi China yang memberangsangkan, harga berjaya memulakan dagangan pada sesi Asia hari ini dengan kenaikan melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) yang berkemungkinan memberi isyarat awal perubahan trend.

Memasuki awal sesi pasaran Eropah, harga bergerak perlahan pada zon SBR (support become resistance) di atas paras harga 0.67700.

Jika harga berjaya kekalkan momentum kenaikan, harga bakal bergerak lebih tinggi melepasi paras 0.68000. Zon SBR sekitar 0.68300 antara paras yang menjadi tumpuan seterusnya jika harga meneruskan kenaikan.

Namun jika harga menyambung trend penurunan harga minggu lalu, harga bakal turun lebih rendah melepasi paras terendah dagangan November dan menuju paras tumpuan sekitar 0.67450.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat