Kenaikan Awal Minggu Terkandas, EUR/USD Tersungkur Semula Ke $1.07000!

127

US dolar yang bergerak lemah pada pembukaan awal minggu berjaya bangkit semula pada dagangan Selasa semalam untuk meneruskan momentum minggu lalu.

US dolar kembali mendapat rentak pengukuhannya semula disokong oleh pandangan yang kekal bernada hawkish disampaikan oleh ahli-ahli Federal Reserve (Fed) berkenaan dasar monetari.

Gabenor Fed Bowman tidak melihat langkah pemotongan kadar faedah adalah tepat untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat sementara Fed Cook pula memberi amaran risiko besar sekiranya peralihan kepada pelonggaran dasar dilakukan terlalu cepat atau drastik.

Pelabur akan meneliti petunjuk selanjutnya yang boleh mempengaruhi pergerakan US dolar di penutup dagangan Jun ini menerusi data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan indeks harga PCE.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan yang dipaparkan di awal minggu dilihat terkandas 1.07400.

Penurunan berlaku semula semalam untuk zon penting 1.07000 diuji, namun harga melantun sedikit sebelum dagangan sesi New York berakhir.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu) di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang menjadi isyarat bearish.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan selepas ini melepasi bawah zon 1.07000 akan menjangkakan harga untuk catatkan paras terendah terbaru lagi minggu ini.

Sasaran seterusnya harga adalah pada sekitar 1.06000 sebagai zon tumpuan yang bakal diuji untuk corak penurunan yang diteruskan.

Sebaliknya jika lonjakan harga pula yang dipaparkan, kenaikan harga akan cuba untuk mengatasi paras dicapai awal minggu sekitar 1.07400 yang menjadi rintangan semasa buat harga.

Seterusnya, zon 1.08000 akan menjadi sasaran untuk dicapai selepas harga menunjukkan isyarat pergerakan bullish yang lebih jelas.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat