Kenaikan Dipamerkan Aussie, Dagangan AUD/USD Masih Kekal Bearish?

272

Matawang dolar Australia pada permulaan dagangan minggu ini menunjukkan kenaikan pada sesi Asia semalam berikutan selepas disokong oleh data inflasi China yang diterbitkan meningkat.

Namun dagangan Aussie kembali susut pada sesi berikutnya dengan kebimbangan wabak Coronavirus terus memberi tekanan terhadap matawang berpulangan tinggi itu.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD semalam, harga yang membuat kenaikan gagal melepasi halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) sebelum kembali turun semula ke zon support sekitar 0.66700 dan menutup dagangan sesi New York sedikit tinggi.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga meneruskan kenaikan dan berjaya melepasi halangan MA50 dan berkemungkinan memberi isyarat awal perubahan trend bagi dagangan AUD/USD.

Pengukuhan Aussie pada pagi ini adalah didorong oleh data keyakinan perniagaan tinjauan Bank Negara Australia (NAB) menunjukkan bacaan yang meningkat pada bulan Januari dari paras terendah 6 setengah tahun.

Selain itu juga, sentimen pasaran sedikit diredakan oleh rangsangan kewangan dari Beijing di samping kilang-kilang di negara ekonomi kedua terbesar dunia itu telah kembali beroperasi semula, walaupun angka korban wabak Coronavirus semakin meningkat.

Kenaikan harga pada carta AUD/USD menuju paras sekitar 0.67200 pada penghujung sesi Asia dan bakal menguji garisan trendline sebelum ini yang juga berfungsi sebagai halangan bagi trend bearish.

Jika harga gagal teruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, penurunan harga akan kembali menuju semula zon support pada sekitar 0.66700.

Harga berkemungkinan meneruskan penurunan ke paras lebih rendah jika sentimen pasaran kekal berisiko dan memberi tekanan terhadap dagangan Aussie. Penurunan lebih rendah bakal mencatatkan paras terendah terbaru sejak Mac 2009.

Sebaliknya jika kenaikan harga terus berlaku, harga bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 0.67400 sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju pula paras resistance 0.67700.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat