Kenaikan EUR/USD Sekali Lagi Gagal Tembus Rintangan Kebal $1.0900

103

Seperti dijangka, pasaran di pembukaan awal minggu ini masih belum menunjukkan arah pergerakan yang jelas dengan dagangan mata wang utama US dolar masih lagi bercampur-campur.

US dolar dilihat melemah pada dagangan sesi Eropah namun kembali mengukuh semula pada sesi New York.

Untuk gambaran lebih besar, pergerakan harga sebenarnya masih lagi berada pada zon yang mendatar ketika pelabur kekal waspada menantikan keputusan mesyuarat bank-bank pusat utama minggu ini.

Federal Reserve (Fed) dijangka untuk menaikkan kadar faedah lebih perlahan kepada hanya 25 mata asas sahaja untuk mesyuarat pertama 2023 ini sementara European Central Bank (ECB) dan Bank of England (BOE) diramalkan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Data pertumbuhan ekonomi Jerman yang diterbitkan di sesi Eropah semalam yang menunjukkan isyarat penguncupan gagal untuk menyokong pengukuhan lanjut Euro dan kecundang semula di sesi New York.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan lonjakan awal di sesi Eropah semalam menguji zon rintangan 1.09000.

Namun, kenaikan gagal diteruskan apabila harga berundur turun semula dan kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut untuk isyarat bearish semula.

Harga susut mencecah sekitar 1.08400 yang kini dilihat sebagai paras sokongan semasa buat harga dan harga perlahan di sekitar tersebut bersambung ke awal pembukaan sesi Asia hari ini (Selasa).

Penurunan berkemungkinan boleh diteruskan lebih rendah untuk menuju ke zon tumpuan 1.08000.

Zon RBS (resistance become support) tersebut bakal diuji sebelum memberikan isyarat pergerakan harga selanjutnya sama ada penurunan lebih rendah akan diteruskan atau lantunan semula bakal berlaku.

Sementara untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, zon rintangan 1.09000 dilihat masih lagi kebal untuk ditembusi setelah diuji sejak dagangan minggu lalu.

Jika berjaya tembus, harga bakal lanjutkan kenaikan menuju pula ke sasaran seterusnya pada 1.10000 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 9 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat