Kenaikan Harga Lemah, USD/JPY Dijangka Sambung Penurunan Lagi

685

Selepas bergerak mendatar pada penghujung minggu lalu menguji paras resistance 107.00, harga pada carta pasangan matawang USD/JPY telah pamerkan penurunan semula.

Dagangan pada awal minggu yang bermula pada paras sekitar 106.600 telah mencatatkan penurunan ketara harga sehingga 150 pips sehingga ke paras terendah mingguan pada sesi Asia pagi ini.

Selepas mencecah paras 105.100, harga kembali menunjukkan kenaikan ke zon SBR (support become resistance) sekitar 105.500 namun turun semula pada dagangan sesi Eropah.

Pergerakan harga dijangka lebih aktif pada sesi New York sebentar nanti dengan jangkaan US dolar berkemungkinan akan terus bergerak lemah.

Penurunan harga sejak awal minggu lebih dipengaruhi oleh penyusutan berterusan US dolar dengan momentum pada minggu sebelumnya.

Kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, harga pada carta USD/JPY dijangka akan terus turun menuju paras support pada 104.800 atau ke paras 104.200.

Namun sekiranya perubahan sentimen dalam pasaran berlaku yang kembali mengukuhkan semula US dolar, harga bakal melonjak semula kembali menguji zon SBR 106.600.

Seterusnya paras ketinggian 107.00 yang menjadi resistance semasa akan diuji harga untuk mencatatkan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat