Kenaikan Harga Minyak Mentah Dorong Penurunan Pada Dagangan USD/CAD

0 318

Dagangan dolar Kanada mencatatkan kenaikan selepas sentimen pasaran semakin pulih susulan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China telah ditandatangani.

Ini adalah didorong oleh kenaikan harga minyak mentah ekoran jangkaan permintaan terhadap bekalan minyak bakal meningkat bagi kedua-dua negara pengguna terbesar minyak dunia itu selepas ketegangan perang dagang semakin reda.

Selain itu juga, turut menyokong kenaikan harga minyak mentah adalah kejatuhan pada inventori minyak mentah Amerika Syarikat yang lebih besar berbanding jangkaan.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD semalam menguji resistance sekitar paras ketinggian 1.30770 gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi sebelum kembali membuat penurunan semula.

Penurunan yang melepasi garisan sokongan Moving Average (MA50) memberi isyarat awal trend akan bertukar bearish.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini bergerak perlahan di bawah paras 1.30500 sebelum harga mula menunjukkan penurunan semula pada sesi Eropah.

Penurunan dilihat cuba menembusi paras terendah harian semalam yang juga merupakan zon minor support sekitar 1.30350.

Penurunan lebih rendah bakal menuju paras tumpuan sekitar 1.30000 sebelum menuju zon support pada 1.29600 yang diuji pada minggu lalu.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga akan cuba melepasi halangan dinamik MA50 sebelum menguji pula paras ketinggian yang dicapai semalam.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju zon resistance di paras ketinggian 1.31000 yang diuji pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Anda mungkin juga berminat