Kenaikan Harga Minyak Mentah Punca USD/CAD Menjunam!

375

Harga minyak mentah kembali melonjak semalam selepas mengalami penurunan beberapa hari berturut didorong oleh data industri yang menunjukkan kejatuhan mengejutkan pada inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Institut Petroleum Amerika (API) telah mengeluarkan bacaan data minyak mentah Amerika Syarikat yang mengalami kejatuhan pada minggu lalu dengan penurunan 5.9 juta tong, meleset berbanding jangkaan peningkatan 1.6 juta tong.

Laporan mingguan inventori minyak mentah AS akan dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada jam 10.30 malam ini pula.

Kenaikan harga minyak mentah telah menjadi faktor yang mendorong lonjakan harga bagi matawang dolar Kanada berikutan minyak mentah merupakan eksport utama di Kanada.

Jika diperhatikan pada carta harga bagi pasangan matawang USD/CAD, harga telah membuat kenaikan lebih 50 pips dari sesi Asia semalam bermula sehingga mencapai paras ketinggian yang diuji ketika dagangan penghujung September lalu sekitar 1.3290.

Namun, harga menjunam sehingga 80 pips ke paras 1.3210 pada sesi New York semalam sebelum pergerakan harga mulai perlahan sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini.

Menuju ke sesi pasaran Eropah, harga menunjukkan sedikit kenaikan berkemungkinan menuju ke paras sekitar 1.3234 untuk paras tumpuan tersebut diuji sebelum harga menentukan arah pergerakan seterusnya yang lebih jelas.

Momentum penurunan harga yang berjaya dikekalkan berpotensi menekan harga ke paras lebih rendah sehingga ke paras sekitar 1.3190.

Lihat gambar carta harga pada USD/CAD untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat