Kenaikan Harga Pada GBP/USD Didorong Penyusutan Dolar AS

283

Dagangan Pound Sterling pada Khamis semalam kekal stabil sementara pelabur masih menantikan sebarang perkembangan terbaru politik di Britain.

Setakat ini, tinjauan pilihan raya UK masih kekal didahului oleh Parti Konservatif kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Boris Johnson.

Sementara untuk data ekonomi pula, bacaan data jualan runcit UK pada bulan Oktober yang dikeluarkan semalam mencatatkan angka yang merosot berbanding bacaan sebelumnya.

Namun begitu, melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam, harga masih berjaya membuat kenaikan didorong oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang lemah.

Ini adalah berikutan sentimen rundingan dagang AS-China yang sedikit goyah atas desakan China menuntut pembatalan tarif sebagai sebahagian daripada persetujuan perjanjian.

Harga pada carta GBP/USD membuat lonjakan mencatatkan paras ketinggian harian pada sesi New York di zon resistance untuk dagangan minggu ini.

Harga yang hampir mencapai paras ketinggian pada 1.28900 tersebut sekali lagi menguji paras resistance yang dicapai harga pada Isnin.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak mendatar di zon resistance tersebut dan berada di atas garisan Moving Average 50 (MA50).

Jika sentimen rundingan kekal berisiko dan dagangan USD masih lemah, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi. Zon resistance pada 1.29700 dilihat sebagai destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Namun jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari zon resistance semasa, penurunan harga bakal melepasi semula garisan sokongan MA50 dan menuju ke paras 1.28100.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula paras 1.27800 yang merupakan zon support terdekat.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat