Kenaikan Harga Pada USD/JPY Didorong Perkembangan Positif Rundingan Dagang AS-China

271

Sentimen pasaran dilihat sedikit pulih dengan laporan bahawa Kementerian Perdagangan China mengatakan China bersedia untuk mengikat sebahagian perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Kementerian juga mengatakan bahawa mereka sedang membuat persiapan bagi penjadualan isu-isu lebih rumit untuk dirundingkan pada tahun hadapan.

Reaksi awal daripada laporan tersebut telah menyebabkan aset safe-haven seperti matawang Yen Jepun dan juga emas menerima tekanan jualan ekoran sentimen risk-on yang kembali mendominasi suasana pasaran semasa.

Perkembangan positif rundingan dagang AS-China ini turut menyokong kenaikan pada nilai dagangan dolar USD sejak semalam.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga pada penghujung minggu lalu yang berlegar di paras support sekitar 106.600 gagal menembusi penurunan lebih rendah sebelum mempamerkan kenaikan pada dagangan semalam.

Kenaikan pada sesi dagangan New York pada USD/JPY semalam telah mencapai paras ketinggian pada zon RBS (resistance become support) pada 107.400 dan harga dilihat masih menguji paras tersebut pada sesi Asia hari ini.

Jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan, kenaikan harga seterusnya akan menuju pula ke paras 107.900 yang menjadi destinasi tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Kenaikan lebih tinggi dijangka menguji paras ketinggian yang dicapai pada awal bulan ini sedikit rendah di bawah paras resistance 108.500. Paras tersebut turut diuji pada September lalu namun harga masih belum berjaya menembusi paras itu untuk mencatatkan kenaikan lebih tinggi.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sekitar 107.000 dijangka akan dituju harga sebelum penurunan lebih rendah bakal menguji semula zon support 106.600.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat