Kenaikan Indeks Saham Global Mendorong Kenaikan Harga Minyak Mentah

390

Harga minyak mentah membuat kenaikan untuk hari kedua pada Selasa dengan minyak Brent kini didagangkan di sekitar $69.20 setong naik dari $67.06 paras terendah Isnin. Harga komoditi hitam membuat kenaikan berikutan harapan terhadap rundingan perdagangan antara AS-China, lebih-lebih lagi selepas ucapan Xi Jinping pada pagi Selasa.

Harga minyak masih bergerak di sekitar range semasa dengan minyak mentah masih berhadapan dengan peningkatan bekalan.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) setakat pada pukul 4.06 petang didagangkan di sekitar $64.28 setong naik daripada $62.11 iaitu paras terendah hari Isnin.

Kenapa harga minyak naik?

Komen Xi Jinping pada pagi Selasa telah memperbaiki sentimen pasaran global yang membawa sentimen Risk-On ke dalam pasaran. Pelabur dan pedagang yang sebelum ini bimbang dengan perang perdagangan AS-China kembali mengambil risiko ke dalam pasaran sekaligus menolak indeks-indeks saham global lebih tinggi.

Dengan kenaikan indeks saham menunjukkan aktiviti ekonomi yang lebih positif dan memberikan jangkaan positif terhadap peningkatan permintaan minyak mentah di masa hadapan. Oleh itu, harga minyak mentah ditekan ke atas lebih tinggi daripada sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat